Posted on

Muslimah dalam BerFashion

Fashion sangat dekat dengan kehidupan seharian setiap orang. Fashion bukan sahaja dari segi pemakaian, tetapi dalam berbagai aspek dalam kehidupan seperti pergaulan, komunikasi budaya dan sebgainya. Persoalannya, adakah salah untuk seseorang itu berfashion? Berfashion itu tidak salah malah ia baik untuk membina keyakinan diri sesorang. Tetapi sebagai seorang muslimah, ianya perlu mengikut ciri-ciri yang bersuaian dan menepati syariat Islam. Hal ini kerana, fashion terutama dari segi pakain dan komunikasi menggambarkan diri seseorang. Sebagai seorang muslimah, seseorang itu perlu menjaga kesopanan diri dalam berbagai aspek.

Namun begitu, industri fashion masa kini sering memberi kekeliruan kepada orang ramai dengan rekaan yang berbagai yang dikatakan sebagai “fashion muslimah”. Apakah yang dimaksudkan dengan “fashion muslimah”? Sebagai seorang wanita Islam, kita perlu tahu bagaimana pakaian yang dimaksudkan dengan “pakaian muslimah” mengikut syariat Islam. Oleh itu, kita perlu teliti dalam membuat pilihan. Hal ini bersesuaian dengan diri seorang muslimah. Dimana kecantikan hati lebih utama daripada kecantikan luaran.

Apakah fashion yang terbaik sebagai seorang muslimah? Sebaik-baik fasjion adalah fashion yang menutup aurat dan dapat menjaga maruah diri. Fashion seperti ini bertepatan dengan dengan syariat Islam. Islam tidak melarang seseorang untuk berfashion malah Islam telah beri kita panduan yang terbaik dalam berfashion untuk digayakan. Ini menunjukkan Islam itu indah lagi memudahkan. Oleh itu, jika anda ingin menjadi seorang muslimah dan hidup dalam keredahan-Nya, maka tunaikanlah hak dan kewajipan anda. Berfashionlah dari hati seorang muslimah yang sebenar dengan menutup aurat.

Selamat beraamal !!! Semoga istiqamah dalam setiap kebaikan !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *